Selamat Datang Ke Website Shamensi
Terma & Syarat

Selamat datang ke kedai atas talian Shamensi Holdings Sdn. Bhd. Terma dan syarat yang dinyatakan di bawah adalah terpakai untuk semua pelanggan kami. Anda tertakluk kepada terma dan syarat berikut sepanjang anda berurusan di laman web shamensi.com.my.


Umum
Kandungan terma dan syarat boleh diubah atau dimansuhkan pada bila-bila masa. Shamensi Holdings Sdn. Bhd. mempunyai hak untuk menukar kandungan terma dan syarat tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan. Pihak Shamensi akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahi terma dan syarat kami. 


Kandungan Laman Web dan Hakcipta
Semua kandungan laman web termasuk gambar, ilustrasi, rekagrafik, ikon, klip video, penulisan dan kandungan lain yang dipaparkan di lawan web ini merupakan hakmilik, hakcipta dan/atau harta intelek yang dimiliki, dikawal atau dilesenkan oleh Shamensi Holdings Sdn. Bhd. melainkan kami menyatakan sebaliknya.

Komen dan Maklumbalas
Semua komen dan maklumbalas dari anda kepada shamensi.com.my akan menjadi hakmilik Shamensi Holdings Sdn. Bhd.

Pelanggan haruslah akur untuk tidak akan memasukkan komen yang akan menyalahi sebarang hakcipta dan hak peribadi seseorang. Pelanggan juga haruslah bersetuju tidak akan ada kandungan yang menyalahi undang-undang dimasukkan ke dalam laman web kami. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab pelanggan sendiri.  

Maklumat Produk
Kami tidak memberi jaminan bahawa produk sebenar adalah sama dengan gambar produk kerana penggunaan monitor pelanggan yang berbeza-beza.

Gantirugi
Pelanggan hendaklah bersetuju untuk memberi gantirugi dan menjaga nama Shamensi Holdings Sdn. Bhd. dari sebarang tuntutan, kerosakan, kos dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang mungkin timbul dari atau berkaitan dengan penggunaan laman web kami oleh pelanggan.

Pautan ke laman lain
Sebarang akses ke laman pihak ketiga adalah atas risiko anda sendiri. Shamensi tidak akan terlibat atau dikaitkan dengan sebarang laman web pihak ketiga sekiranya produk pelanggan rosak atau hilang mempunyai kaitan dengan laman web pihak ketiga.

Ketidaktepatan Maklumat
Dari masa ke masa, laman web shamensi.com.my berkemungkinan mempunyai maklumat/informasi yang mengandungi kesalahan ejaan, ketidaktepatan dan maklumat yang tertinggal yang mungkin berkaitan dengan maklumat produk, harga, stok barang tersedia dan kandungan artikel. Kami mempunyai hak untuk membetulkan sebarang kesalahan, ketidaktepatan, menukar dan mengubahsuai maklumat tanpa memberikan notis awal kepada pelanggan. Sekiranya anda tidak berpuashati dengan produk yang dibeli, sila pulangkan semula produk tersebut kepada kami beserta invois pembelian. Sila semak "Polisi Pemulangan dan Penebusan" kami.

Penamatan Perjanjian
Perjanjian ini adalah aktif melainkan atau sehingga ditamatkan oleh sama ada pelanggan atau shamensi.com.my. Pelanggan boleh menamatkan perjanjian ini pada masa yang difikirkan perlu. Walaubagaimanapun, shamensi.com.my juga boleh menamatkan perjanjian dengan pelanggan tanpa notis awal dan akan menafikan akses pelanggan yang tidak mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan di atas.